Vocational Training Officier

Jawatan : Pegawai Latihan Vokasional  (PLV)
    Gred : J41
    Kumpulan : Pengurusan dan Profesional
    Ketua Perkhidmatan : Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
    Tempat Bertugas : a) Kementerian Sumber Manusia
                                          i) Institut Latihan Perindustrian (ILP)
                                 ii) Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
                                 iii) Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)

                             b) Kementerian Belia dan Sukan
                                 i) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)


Syarat Lantikan:
i)   Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; dan
ii)  lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Senarai Tugas:
(i)
Bertanggungjawab kepada Pengarah di Institusi dalam menyelaraskan kegiatannya pada peringkat kebangsaan di Institusi sebagaimana yang ditentukan.
 
(ii) Menjalankan usaha-usaha berbentuk penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional sejajar dengan keperluan industri.
 
(iii) Menyelia, menyelaras dan mengawal semua Penolong Pegawai Latihan Vokasional dan kakitangan lain dalam melaksanakan tugas aktiviti latihan.
 
(iv) Menyediakan jadual latihan tahunan, keperluan latihan termasuk pembahagian "work load" semua Penolong/Pembantu Pegawai Latihan Vokasional.
 
(v) Menguruskan pelaksanaan program latihan dan persediaan software latihan.
 
(vi) Mengurus, menyelia dan mengawal kegunaan peralatan, bahan-bahan bengkel serta makmal latihan.
 
(vii)
Mengendalikan kursus-kursus mengikut keperluan-keperluan sukatan dan piawaian latihan serta bertanggungjawab ke atas kualiti dan keberkesanan kursus yang dikendalikan.
   
(viii)
Bertanggungjawab dalam membuat promosi, merancang dan menjalankan, menilai pencapaian kursus-kursus jangka pendek yang dijalankan di institusi berkenaan.
   
(ix)
Membantu dalam menilai dan memperbaiki kursus-kursus latihan dari segi kelicinan dan keberkesanan.
   
(x)
Menyertai aktiviti-aktiviti pentadbiran/pengurusan Pusat Institusi Jabatan.
   
(xi)
Membuat perhubungan dengan industri untuk mendapatkan tempat yang sesuai untuk pelatih-pelatih menjalani aktiviti dalam logi.
   
(xii)
Merancang dan melaksanakan jadual lawatan susulan latihan dalam logi untuk pengajar-pengajar dan memeriksa laporan pegawai susulan untuk menilai keberkesanan program tersebut.
   
(xiii)
Menyempurnakan tugas-tugas lain dan tanggungjawab yang diarahkan oleh Pengarah dan Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.
   
(xiv)
Menyelaraskan perhubungan di antara jabatan-jabatan/ketukangan-ketukangan khususnya yang berkaitan dengan keperluan latihan dan kemudahan bahan mengajar.
Berkhidmat di Kementerian Sumber Manusia (ILP, ADTEC, JMTI) atau Kementerian Belia dan Sukan (IKBN).