Tuesday, November 9, 2010

Pengenalan kepada SMAW

          Prinsip Asas Kimpalan SMAW.
 
           Kimpalan arka SMAW bermula apabila arus elektrik dialirkan dari mesin kimpal melalui sentuhan elektrod yang berada pada satu pol ( terminal) yang lain. Rintangan yang terujud semasa pengaliran elektrod ( elektrik)  melalui jarak elektod akan menghasilkan arka yang tinggi ( 5000 º c ). Haba panas akan terus melebur hujung elektrod dan logam asas lalu bersatu sebagai batas kimpalan.Semakin tinggi rintangan ,semakin besar haba yang terjadi. 

        Salutan elektrod akan terbakar dan mengeluarkan gas-gas dimana ia melindungi kimpalan dari udara luar.Ia juga menutupi permukaan batas sehingga sejuk dimana dikenali sebagai terak ( slag).

 
Dalam proses kimpalan SMAW peralatan yang perlu ada seperti berikut;
1-       Alatubah ( Transfomer )
2-       Alaterus ( Rectifier )
3-       Janakuasa ( Generator)

Mesin Kimpalan Alat Ubah ( Transfomer )
             Ia juga dikenali sebagai mesin kimpal arus ulang- alik . Ia berfungsi untuk mengubah nilai voltan iaitu menurunkannya dari voltan tinggi ( 120,220 amp.  hingga 440 amp) ke voltan rendah dan ampiar yang tinggi.Voltan tersebut ialah antara 40 - 100 V manakala ampiar 25 amp.  hingga  300 amp. bagi kerja mengimpal.


 
Kebaikan Alat Ubah (  Transfomer )
 1- Memberi hasil yang baik sekiranya mengimpal keluli dengan yang bersalut.
 2- Harganya murah jika berbanding dengan mesin kimpalan yang lain.
3- Kos pembaikan murah kerana komponennya kecil dan sedikit.
4- Kurang berlakunya keliaran arka.
5- Operasi nya tidak bising
6- Amat baik digunakan jika berkerja ditempat yang sempit saperti dandang atau tangki kerana bahaya kejutan letrik amat kurang.
7- Mudah dibawa atau diubah -ubah kerana saiznya kecil .


Keburukan mesin kimpalan Alat Ubah
1- Tidak boleh menggunakan letrod tanpa salutan.
2- Mudah berlakunya kejutan letrik terutama bila bekerja ditempat yang lembap.
3- Tidak boleh  mengimpal pelbagai jenis logam saperti besi tuangan , tembaga, aluminium .


 Mesin Kimpal Arus Terus ( Rectifier )

       Mesin ini digunakan untuk mengubah arus letrik dari arus  ulang-alik kepada arus terus. Alat ini mengandungi alat ubah dan arus silicon atau selenium untuk menukar arus ulang alik kepada arus terus atau bergerak kesatu arah .
Mesin kimpal jenis ini dapat digunakan bersama pelbagai jenis letrod kerana ia boleh menghasilkan dua jenis kekutupan iaitu :
     a)kekutubanTerus                                           
    b)Kekutuban Berbalik
Mengikut prinsip asas bagi mesin alaterus ini alatubah akan menurun voltan masuk yang tinggi kepada voltan kerja yang rendah, manakala alaterus pula mengubah arus ulang-alik kepada arus terus

 
Kebaikkan Mesin Kimpal Arus Terus AC/ DC ( Rectifier)
1. Operasinya senyap.
2. Kos menggunakan mesin rendah.
3. Boleh menggunakan semua jenis letrod dan mengimpal pelbagai jenis logam.

Keburukkannya:
1. Arka yang didapati tidak stabil.
2. Mudah berlakunya keliaran arka.
 
Mesin Kimpal Janakuasa ( Generator)
       Mesin kimpal janakuasa arus terus yang sekata ( tetap) . Ia dipisahkan kepada dua bahagian iaitu pacuan injin dan motor letrik. Bahagian pacuan Enjin menggunakan bahanapi seperti diesel , yang mana bertujuan bagi memutarkan motor letrik . Bahagian motor letrok pula akan mengeluarkan arus dan menukarkan  semua kepada arus terus dengan voltan yang rendah untuk kerja mengimpal.

Kebaikan Mesin Kimpal Janakuasa
1- Semua jenis elektrod boleh digunakan.
2- Arkanya stabil dan lembut.
3. Boleh dan mudah dibawa kemana- mana tanpa memerlukan bekalan kuasa elektrik.

Keburukkannya:
1- Operasinya sangat bising.
2- Kos penyelanggaraan amat tinggi.
3- Selalu terjadi letupan arka magnetik ( arc blow)

 
Kekutupan ( Polarity )
      Kekutupan ialah menerangkan arah pengaliran arus ( elektron ) dari satu pol ke satu pol yang alin. Bahagian yang menerima arah pengaliran ini akan menghasilkan haba yang lebih banyak dari bahagian yang satu lagi .
Oleh kerana elektron bergerak dari pol negatif ( -) ke pol positif (+) ini menyebabkan bahagian pol positif ini lebih panas 2/3 dari bahagian pol negatif.

 

 
Kekutupan Terus
       Ia dikenali sebagai Normal polarity atau Negetif polarity ( DCSP) . elektrod berada pada pol negatif ( DC- ) . Dalam keadaan ini , kepanasan berada pada bendakerja iaitu 2/3 ( 70%) manakala 1/3 ( 30%) pula pada elektrod . Keadaan penembusannya adalah dalam manakala keadaan batas sedikit cembung .

 
Pemilihan Kekutupan
  a. Bergantung kepada tebalnya logam yang hendak dikimpal.
  b. Bergantung kepada jenis logam
  c. Bergantung kepada kedudukan mengimpal.
  d. Bergantung kepada dalam penembusan yang dikehendaki.
  e. Bergantung kepada jenis elektronik dan salutan mengikut syarikat pengeluar.

Kegunaan Kekutupan Terus
  1. Digunakan keatas letrod bersalutan nipis atau tanpa salutan.
  2.Digunakan untuk mengimpal logam logam tebal kerana memerlukan haba yang tinggi untuk melebur logam asas.

Kekutupan Berbalik
       Ia dikenali sebagai ‘ Positif Polarity ‘ . Elaktrod berada pada pol positif dengan memiliki keupayan haba 70% . Keadaan penembusan sederhana dan permukaan batasnya sedikit tinggi.

 
Kegunaan  Kekutupan  Berbalik
1. Sesuai untuk letrod bersalut tebal.
2. Mengimpal logam logam nipis kerana boleh mengawal haba kepanasan.
3. Mengimpal besi tuangan kerana mengelakan kepanasan berlebihan pada logam kerja





3 comments: