Monday, November 8, 2010

Sifat - Sifat Logam


Terdapat tiga jenis sifat logam.

1.     Sifat kimia.
2.     Sifat fizikal.
3.     Sifat mekanikal.

1.     Sifat kimia logam.
a. Corrosion - ialah sifat logam yang berkarat akibat dari tindakkan udara.
b. Oxidation - pembentukan oksida hasil daripada percampuran antara oksigen
     dengan logam.
c. Reduction - pembuangan oksigen dari sekeliling kolam kecairan untuk
    mengurangkan tekanan udara keliling.

2.     Sifat fizikal logam.
a.  Melting point ( suhu kecairan ) - ialah takat suhu dimana sesuatu bahan didalam
     keadaan padu menjadi cair.
b.  Termal conductivity - ialah takat haba kepanasan sesuatu logam.
c.  Grain structure - ialah bagaimana haba akan mengubah jirim-jirim sesuatu logam.

3.  Sifat mekanikal logam.
a.  Tensil strength              - keupayaan logam untuk menahan daya tarikan.
b.  Ductility ( kemuluran )   - sifat logam yang membolehkan ditarik kebentuk dawai
                                             tanpa patah ( etc. Al, Copper )
c.  Hardness ( kekerasan   - sifat logam boleh menahan larasan dan hausan.
d.  Brittle ( kerapuhan )      - sifat mudah patah.
e.     Mealleability
      ( kebolehan tempaan ) - sifat keupayaan logam yang membolehkannya
                                             menanggung tukulan tanpa patah.
f.  Elasticity                         - keupayaan logam kepada keadaan asal selepas ianya dilentur 
                                            atau  diregang.
g.  Elongation                     - keadaan logam akan regang sebelum patah.
h.  Toughness                    - ialah keupayaan logam menahan hentaman.

Jenis logam alloy yang dicampur dalam steel dan kegunaannya.

1.     Chromium     - keluli akan bertambah keras, tidak rapuh dan kalis karat.
2.     manganese   - keluli akan tahan regangan dan keras.
3.     Molybednum - menghasilkan keluli yang keras dan kuat.
4.     Nikel             - keluli menjadi tahan dari regangan, kalis karat dan dapatmenahan daya     
                               hentaman.
5.     Vanadium     - sebagai bahan deoxsidizer dan penyesuaian akan mencantikkan struktur 
                               logam.
6.     Tungsten      - digunakan pada logam untuk memotong besi kerana keras, kuat dan kalis 
                              karat.
   7.   Kobalt           - untuk menahan kekerasan keluli apabila dipanaskan.

No comments:

Post a Comment