Metal Fabrication Technology

Teknologi Fabrikasi Logam


Pengenalan


     Kursus Fabrikasi Logam merupakan satu program latihan yang memberikan peluang kepada para lepasan sekolah yang berminat serta mempunyai kecenderungan untuk memperolehi kemahiran dan pengetahuan teknik asas dengan tujuan untuk mendapatkan pekerjaan disektor awam mahupun swasta sebagai pekerja mahir atau separa mahir selepas menamatkan latihan.
     Fabrikasi Logam merupakan kursus yang merangkumi kerja - kerja membuat, membentuk, memasang dan menyambung dengan teknik menggulung, membengkok, dan melipat menggunakan mesin konvensional mahupun CNC. Kerja - kerja memasang dan menyambung pula menggunakan kaedah kimpalan (SMAW, GMAW, DAN GTAW), kimpalan gas dan meribet. Selain daripada itu, pelajar akan diajar cara - cara memotong menggunakan mesin atau pun manual. Pelajar akan dapat mempelajari teknik - teknik membuat kerangka, sesalur (angin, gas, dan air), boiler dan lain - lain mengikut piawaian industri masa kini.
    Setelah berjaya melengkapkan latihan dengan jaya, pelajar diharap berkebolehan membuat kerja-kerja berikut :

i. Pemilihan yang betul dan kecekapan menggunakan alat-alat, kelengkapan dan bahan-bahan untuk kerja  kepingan dan paip.

ii. Memahami cetakan biru dan pembinaan bendakerja daripada lukisan kerja.

iii. Melukis dan melakar lukisan-lukisan mekanikal dengan penumpuan pada hamparan permukaan.

iv. Memateri, meloyang dan mengimpal dengan gas dan mesin kimpalan arka.

v. Mereka bentuk, memasang dan memperbaiki barangan berangka dengan cara mengimpal, memotong, melipat dan menggulung menggunakan mesin konversional atau CNC.

vi. Memerhati dan mengamalkan segala penjagaan keselamatan yang bersangkutan.


Peluang Pekerjaan

a) Sektor Swasta

     Pelajar - pelajar lepasan Fabrikasi Logam boleh bekerja di sektor industri pembinaan berasaskan logam seperti pembinaan kapal, pelantar minyak, penyambungan paip gas, air atau angin dan boiler, serta sektor industri pembuatan seperti membuat kerangka bangunan, kenderaan, perabut berasaskan logam dan gerigi besi. Pelajar - pelajar juga boleh menceburi bidang kontraktor atau pun bekerja sendiri.

b) Sektor Awam

     Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Juruteknik pelbagai jabatan, Tukang Kadar pelbagai jabatan