Monday, November 8, 2010

Cara mengenali logam


Cara-Cara Mengenali Logam.

Ada lapan cara boleh dilakukan untuk mengenali logam.

1.     Spark Test
      Mesin canai tangan (hand grinder) digunakan. Apabila logam dicanai, ia akan mengeluarkan haba dan manik api. Manik api ini akan berlainan rupa, kuantiti dan jarak percikkan. Untuk lebih kesesuaian keadaan belakang adalah lebih gelap.


 





2.   Oxy-Acetylene Torch Test
Cara pemeriksaannya ialah membuat proses pudding pada keluli lembut menggunakan api neutral. pudding mesti tidak memercikkan bunga api. Rupa bentuk pada tepi logam akan menunjukkan logam tersebut boleh dikimpal. Jikalau logam tersebut cair dan berbentuk sama, berkilat semasa membeku bermakana mempunyai tahap kimpal yang baik. Begitu juga jika permukaan logam itu gelap, berwarna, kasar dan berlubang halus bermakna logam itu tidak mempunya tahap kimpal baik.

3.   Fracture Test.
Dibuat dengan mematah atau memecah sesuatu logam kepada dua. Pemecahan logam tersebut akan menampakan grain structure. Jika saiz besar ia menunjukkan sifat rapuh, jika halus biasanya keras dan rapuh atau lembut.

4.   Color Test.
Dibuat dengan mematah atau memecah sesuatu logam. Bagi besi dan keluli akan menunjukkan warna kelabu keputihan tapi bagi non feros warna kuning dan putih di bahagian yang patah atau pecah.

5.   Ring Or Sound Test.
Dengan cara mengetuk atau melepaskan ke lantai. Bagi bunyi yang nyaring menunjukkan jenis besi tapi jika mengeluarkan bunyi yang kedap ialah non feros metal.

6.   Magnetic Test.
Dilakukan untuk mengetahui samada jenis feros atau non feros metal. Jika dari jenis feros ia akan melekat pada magnet.
7.   Chip Test.
Akibat pemotongan logam menggunakan chisel boleh menentukan jenis logam. Contohnya cast iron akan pecah dengan serpihan kecil atau halus. Bagi keluli lembut pula serpihan akan melekat dan menggulung pada logam asal.

8.   Chemia Test.
Cara ini amat mudah dilakukan. Permukaan logam disapu atau logam dicelup ke dalam bahan kimia itu. Amat berkesan untuk alloy steel.
Contohnya, untuk Aluminium, coustic soda digunakan jika ia aluminium tulin akan berkilat dan jika tidak akan berwarna kehitaman. Untuk mengenal nickel gunakan asid nitrik, Ia akan bertindak balas mengeluarkan buih-buih.

Siatem Nombor Untuk Logam.

         S.A.E ( Society Automotove Engineering ) telah mencipta pengenalan dengan cara nombor. Kod 
         nombor tersebut ada 4 digit.
CONTOH : 2115
Digit pertama - 2 - menunjukkan kelas keluli tersebut.
Digit kedua - 1 - peratus logam alloy dalam keluli.
Digit ketiga dan keempat - 15 - kandungan karbon etc. 0.15





No comments:

Post a Comment