Monday, November 22, 2010

Pemasangan, pemeriksaan dan pengendalian peralatan proses kimpalan arka gas logam

A. Pemasangan kabel kuasa:

Pastikan gunakan kabel pendua yang mempunyai saiz yang sesuai untuk arus yang maksima:

1. Ikatkan satu hujung kabl kebendakerja.

2. Ikatkan satu hujung yang lain kepada terminal negative punca tenaga
berkenaan.

3. Ikatkan satu hujung kabel kawalan teras banyak kepada terminal yang
berkaitan pada unit kawalan penyuap elektrod.

4. Ikatkan hujung yang satu lagi kepada terminal atau soket yang berkaitan
kepada punca tenaga.

5. Ikatkan kabel kimpal dan kabel kawalan pemasangan tiub bolih lentur kepada
kabel keluar yang berkaitan pada penyuap elektrod dan unit kawalan.


B. Pemasangan alatan gas:

1. Pastikan supaya:
a)Selinder yang digunakan hendaklah didirikan dan hendaklah diikat kuat kepada troli atau pada tempat yang betul.
bSoket injap mesti bersih kering dan bebas dari habok. Ini bolih dilakukan dengan membuka injap selinder secara mengejut untuk menhembus habuk yang ada.

2. Jika mengunakan gas karbon dioksida dari jenis jenis sedutan, pasangkan
pemanas wap kepad injap selinder sebelum memasang alatur gas.

3. Pasangkan hos kepada alatur dan kepada punca masuk gas di unit bekalan atau
kawalan.

C. Pemasangan pengalir air:


Apabila obor penyejukkan air digunakan, air bolih diambil dari bekalan utam atau dari unit bekalan air edar pusing.

1. Pasangkan hos bekalan air dari bekalan utama atau bekalan air edar pusing.

2. Pasngkan hos air dari unit kawalan kepada hos air dalam pemasangan bolih
lentur.

3. Pasangkan kabel kimpalan / hos air balik kepada punca tenaga/ pemasangan
air dari unit kawalan.

4. Pasangkan air keluar atau unit pusingan (re-circulating).


D. Pemasangan unit suapan elektrod:



1. Pasangkan gelungan elektrod pada spindal atau kekili supaya elektrod dapat
ditarik kearah yang betul dan tersusun. Jangan lepaskan ikatan pengulung
pada peringa ini.

2. Longgarkan brek sawat supaya pengulung bolih berpusing dengan bebas.
Kemudian ikat pada kadar yang sesuai bagi mengelakan pengulung dari
terlajak kehadapan apabila elektrod ditarik.

3. Pasangkan pemandu dalaman dengan suis yang sesuai kepada sawat suapan.

4. Potong hujung elektrod yang bengkok dan pastikan hujung potongan tidak
bergerigi.

5. Masukkan elektrod melalui sawat penyuap elektrod.

6. Ketatkan roda suapan supaya elektrod tersebut tercengkam dan selaraskan
tekanan mengikut panduan pengunaan mesin.

7. Selepas dipastikan semua pemasangan sambungan berkenaan selain
dari pemasangan kondiut elektrod, saiz pemandu keluar yang betul kepada
kondiut elektrod hendaklah dipilih.

9. Masukkan pemandu keluar pada penjulur elektrod dari sawat suapan elektrod
dan kuncikan pemandu pada tempatnya.

10. Sekarang elektrod bolihlah dijulurkan melalui kondiut tiub sentuh ke obor
atau muncung kimpal apabila suis ditekan (ON).

11. Selaraskan kedudukan hujung tiub sentuk dan pasangkan muncung gas.


Nota: Jangan pegang atau sentuk elektrod apabila arus kimpal dihidupkan

No comments:

Post a Comment